i xberniat untuk spreading hate kat blog kesayangan i ni. tapi akhir-akhir ni i alami kejadian-kejadian yang melampaui akal fikiran, yang tidak boleh diterima akal, tidak logik dan juga kebodohan melampau. walaupun i antara yang termuda disini, i agak terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tertutup fikirannya, berfikiran sempit, singkat. walaupun i ni xla hebat bab2 hukum hakam agama ni, tapi i tahu, menuntut ilmu itu wajib. jangan tutup pemikiran kita, luaskan pandangan, rendahkan diri untuk sentiasa belajar. i masih muda, tapi i amat harapkan sedikit penghormatan daripada orang sekeliling kerana i tau i amat hormatkan orang sekeliling i. dan i juga tahu, i telah sedaya upaya untuk bersikap adil dan baik disini. tapi malangnya, i dapat rasakan yang ke"honest"an i telah dikhianati dan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. mungkin mereka tidak tahu atau buat2 tidak tahu yang ALLAH MAHA MELIHAT. i akan cuba sedaya upaya untuk tenangkan fikiran, berfikiran positif dan berusaha untuk memastikan ini entri yang adalah yang terakhir i tulis dalam episod ini memandangkan i tidak mengadu kepada siapapun mengenai hal ini kecuali hubby i yang sentiasa memberi sokongan moral n financial. oops! i mean moral n nasihat. hehe..
sekian.
wassalam...
No comments:
Post a Comment