Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Thursday, April 21, 2011

kita hanya merancang

insyaallah awal bulan depan saya dan suami akan gi holiday. tempat tu dirahsiakan buat sementara waktu. tapi kami mengalami satu masalah yang besar sekarang yang memungkinkan kami untuk cancel holiday tersebut.


ye. masalah tersebut adalah masalah PTPTN. sebab nama saya dah di blacklisted. PTPTN sungguh slow buat kerja. bayangkan saya dah hantar surat untuk permohonan baki pinjaman 23 Mac 2011, sampai sekarang pun penyata tu belum sampai.


memandangkan saya layak untuk membuat pengeluaran duit KWSP saya untuk menjelaskan hutang tertunggak, saya cubalah usaha kat kwsp pula untuk setelkan masalah ni. tapi sesungguhnya memang PTPTN lambat wat kerja. Setelah beratus kali call PTPTN untuk bertanyakan penyata yang ditunggu-tunggu tersebut,  semalam hari khamis, saya call lagi PTPTN, namun PTPTN jawab, semalam baru je KWSP fax makluman tentang kalau nak keluarkan KWSP, kena wat full settlement sahaja. kalau setakat nak wat bayaran tertunggak, tak lepas.


S
H
I
T


Padahal dah lama saya mintak ngan PTPTN penyata tu. saya sungguh panas. sungguh sakit hati. sekarang dah tak tahu mana nak cari duit untuk setelkan amaun yang tertunggak tersebut. kalau setakat seribu dua, bolehlah saya usahakan....


kesimpulannya, saya agak frust la kalau trip kali ni tak jadi. kalau memang tak jadi, seumur hidup saya tak maafkan PTPTN pasal aniaya saya macam ni.


untuk makluman, saya TIDAK pernah dimaklumkan apa-apa mengenai status saya yang telah disenaraihitamkan oleh PTPTN secara bertulis.


nak mohon penyata pun susah.

pasni baik pinjam bank dari wat loan PTPTN.


kesimpulannya, kalau trip ni tak jadi, saya nak beli MULBERRY sebijik, BIMBA AND LOLA sebijik.



sekian.

Wednesday, April 20, 2011

sebenarnya nak tunjuk tudung



ni tudung pattern baru kat ariani. namanya anak tudung haji. tp agak labuh dan saya pakai macam tudung biasa, bukan anak tudung. baru beli satu untuk try. ternyata tudung ni best. insyaallah nak beli lagi... :)



ni mase kat dalam fitting room ariani. :)

sebenarnya dah lama saya tunggu pattern camni keluar kat ariani. sebab dah boring kot asyik pakai yang awning keras. best.

silalah cuba.....


Tuesday, April 19, 2011

Virtual Villagers 5

i cant get enough of this. 




game ni sangat best dan mencabar.
menguji kesabaran gak.
sila try.

Monday, April 18, 2011

yes..i am sharing...

akhir-akhir ni agak banyak saya membaca blog berunsurkan politik. bukan apa, akhir-akhir ni kan politik kita makin panas. ada juga yang saya share sedikit sebanyak. namun, bukan bermaksud untuk saya terlibat dengan politik. saya cuma inginkan kebenaran. seperti semua sedia maklum, surat khabar, tv semuanya berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. jadi saya ambil alternatif sendiri untuk membuat study di media alternatif. so sila jangan jugde a book by its cover. buatlah pilihan yang tepat.




p/s: kadang-kadang time geram sangat, memang ade niat nak jadi politician. hahahahah





p/s/s: sila google image rumah nik aziz. simple n humble kan? kalau anda gaji macam dia, agak2 rumah macam mana yang anda bina?

orang tua itu......

Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.

 

"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno."

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"






 p/s: what say you?

Thursday, April 14, 2011

between hear and listen

tentang yang pernah menjadi buruan


Pandanglah apa yang dikata. 
jangan pandang siapa yang mengata.
selidikilah nama-nama yang terlibat. semoga kebenaran terbongkar suatu hari nanti.


kalau anda boleh fikir secara waras, ingatlah, macam mana dia pernah diburu, melarikan diri, bersembunyi dan ditahan.


bila hari penentuan makin hampir, dia muncul tanpa apa-apa ketakutan lagi. seolah-olah dia tidak pernah menjadi buruan. seolah-olah dia dilindungi.




bangunlah dari tidur wahai bangsaku!

Wednesday, April 13, 2011

Kaitan sabun buku dan bau badan

Setelah lama menggunakan shower gel dan shower cream, baru-baru ni saya rindu nak pakai sabun buku. Jadi saya beli lah protex 4 ketul. Sangat best dan wangi. Bau wangi tu melekat kat badan seharian. Tp saya sorang je perasan kot sebab saya nak try berapa lama bau sabun tu boleh tahan.


Guna sabun buku ni ada kebaikannya dan keburukannya.  Selain dari menjimatkan kos, sabun ini juga user friendly pasal pengguna tak payah pakai sponge atau bathlily segala bagai untuk menghasilkan buih berbanding sabun cecair.


Saya baru discover semalam, kalau pakai sabun buku, kita memang kena pastikan kita bilas badan dengan bersih. Kena 200% yakin bersih, baru boleh keluar dari bilik air. Kerana baki sabun yang melekat kat badan kita tu akan bertindakbalas dengan peluh dan akan menghasilkan bau badan!  Apalagi kalau discharge sabun yang kita tak cuci betul-betul tu berkumpul kat bahagian ketiak, inilah yang akan menyebabkan bau badan.
Mungkin inilah masalah yang dihidapi oleh ramai perempuan yang mengalami masalah bau badan. Mereka mendakwa telah mandi dan bersabun dengan banyak, tetapi mereka tidak membilas dengan betul ingat, kena bilas betul-betul. Lagipun kulit cepat kering dan gatal kalau saki baki sabun masih melekat kat badan kita. Kalau tak percaya, cubalah! J

Jadi, nasihat saya kepada semua, jagalah badan. Insyaallah, kita akan disenangi ramai.







p/s: saya tidak akan marah atau berkecil hati sekiranya ada sahabat saya sanggup menegur saya sekiranya saya mengalami masalah bau badan. Malah, saya akan berterima kasih padanya.





p/ss: sila jangan tegur perkara sebegini dikhalayak ramai.

Sunday, April 10, 2011

Satu berita yang teramat mengujakan

Tahniah ida!

akhirnya penantian ida dan suami selama 5 tahun akhirnya membuahkan hasil! Alhamdulillah...syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan rezeki kepada sahabat saya. sukanya saya! pengajaran yang saya dapat hari ni, jangan putus usaha dan berdoa! Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. insyaallah...

bagi saya dan yang masih menunggu, teruskan berusaha dan berdoa. suatu hari nanti dengan izin Allah, doa tersebut akan termakbul. dengan kekuasaan Allah, tiada apa yang mustahil! :)

Wednesday, April 6, 2011

Pegawai kastam maut di pejabat SPRM


Oleh Norfatimah Ahmad, Nor Azizah Mokhtar, Safeek Affendy Razali dan Shah Che Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07

KUALA LUMPUR: Pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.
SPRM juga mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya, berkata Ahmad Sarbani dikatakan datang pada jam 8.26 pagi semalam, untuk berjumpa pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan untuk berbincang sesuatu berhubung perkara itu.

Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik ‘pantry’ di tingkat tiga.

Katanya, kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham.

“Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu,” katanya.
Beliau berkata, SPRM kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum menghubungi keluarga dan majikan mangsa.

Siasatan terhadap Allahyarham dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat menerusi Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman.

Selepas operasi itu, sejumlah RM602 juta wang yang terbabit dalam pengubahan haram dibekukan, RM382 juta harta disita, manakala RM31.2 juta lagi dilucutkan hak. Siasatan menemui simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

Sementara itu, menurut sumber, ada beberapa saksi melihat Ahmad Sarbani berlari ke arah tingkap di tingkat tiga sebelum jatuh ke tingkat satu yang dikatakan digunakan sebagai gelanggang badminton. Mangsa cedera parah pada muka dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber turut berkata, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.

Lagi berita kes Sarbani, dapatkan akhbar Berita Harian, hari ini

Tuesday, April 5, 2011

i baru ade banner sendiri ye

setelah beberapa tahun ade blog, hari ni baru i produce banner sendiri.
maknanya lama la nanti i pakai banner ni pasal malas nak buat banner baru.

harap maklum.


p/s: tajuk blog pun dah tukar ye.. :)

Sunday, April 3, 2011

Cerita di kota gelanggi episod terakhir

hari ni setelah solat subuh, saya online je. pasal pagi tu xde air kat kampung tu. nasib baik ada 2 kolah yang besar dalam toilet rumah aina tu. so saya xmandi la pagi tu. biasanya saya mandi dulu, baru solat subuh pasal saya memang suka mandi pagi. memandangkan saya belum mandi pagi, saya berkurung je la dalam bilik pasal malu nak keluar bilik. padahal semua yang kat dalam rumah tu xmandi pagi kot. :p

lebih kurang jam 930pagi, kami breakfast bihun goreng. seperti biasa, bihun goreng tu sedap! tapi saya malu la nak makan banyak2. hehehhe...lebih kurang pukul 10pagi, baru saya mandi. kemudian kami bersantai je dalam rumah tu.

lebih kurang pukul 1, saya tengok mak aina masak untuk lunch. sempat la cilok beberapa resepi. dalam pukul 2, saya mandi lagi sekali pasal mandi itu sangat best dan menyegarkan terutamanya bila air yang kita mandi tu sangat sejuk dan cuaca kat luar rumah panas terik.

setelah selesai mandi dan solat, barula saya lunch. lunch kali ni memang xperlu diulang la kesedapannya. menunya ikan masak tempoyak, kulat goreng kicap, sambal belimbing perut rebus n sambal belacan. superb!

selepas makan, kami bersantai seperti biasa, kemudian dalm pukul 4 lebih, saya tertidur. pukul 5 baru bangun. pastu saya, aina dan acu bersiap untuk pulang ke kuantan. sebelum pulang, sempat saya mengambil ulam-ulam kat kebun belakang rumah. sempat juga saya minta tanah, pokok cili padi dan pokok kunyit. lebih kurang jam 615petang, kami bertolak pulang.

insyaallah kalau ada kesempatan, saya akan berkunjung lagi ke tempat yang indah ini.

insyaallah... :)

kota gelanggi part 2

sambungan dari part 1 (sila baca yang part 1 dulu ye)

setelah kami selesai membeli belah di pekan jerantut, saya berehat di rumah sambil online main farmville. untuk makluman, saya ni farmer yang tegar. :) lebih kurang pukul 6 petang, aina ajak saya lepak kat luar rumah. di kawasan depan rumahnya ada bangku kayu panjang. lebih kurang 5 orang boleh duduk kat bangku tu.

saya, mak n ayah aina, along dan acu bersembang di luar rumah sambil menikmati udara petang di kampung tersebut. agak janggal bagi saya untuk mengambil angin ditempat yang orang kampung lalu lalang sebegitu. tapi sebenarnya, sangat best!

saya pelik ternampak satu pokok yang macam pokok durian, tapi buahnya bujur macam tembikai yang panjang tu. rupanya pokok itu memang pokok durian, tetapi telah dililit oleh pokok terung. terung tu sangat subur dan besar buahnya. tapi tinggi la pasal pokok durian kan tinggi. mak aina pun cakap pokok tu xlama lagi mati la pasal pokok terung tu macam parasit.

saya juga dapat tahu rupanya ada jenis keladi yang daunnya boleh dimakan. macam ulam. ayah aina cakap rasanya agak manis. tapi saya xsempat rasa daun tersebut. lebih kurang pukul 7petang, kami pun masuk rumah. malam tu saya berfarmville lagi. maklumla dah lama tak farming pasal kat kolej ni block segala macam application walaupun selepas office hour. tapi sekejap je dapat farmville pasal lebih kurang kul 815malam, kami ke pekan jengka untuk menghadiri........errr...pasar malam...hehehhehe...

sampai je kat bandar jengka, tiba2 je saya excited pasal pasar malam tu sangat besar! menarik! tapi memandangkan kami sampai agak lewat, dah banyak gerai yang makanannya dah inggal ciput2 je. aina dan acu sempat membeli tudung, selendang dan kerongsang. saya hanya beli makanan pasal xde bajet nk shopping. hehehhe...menarik lagi pasal pasar malam ni, ada tudung yang sebijik jahitannya macam ariani, tapi namanya ariana. hehehhe...insyaallah saya akan beli empat lima helai tudung tu nanti.. :p

kami pulang ke rumah lebih kurang jam 10.00 malam. dinner kat rumah. mak aina masak ayam masak tempoyak, ikan goreng, sup sayur dan sambal belimbing. sambal belimbing ni first time saya makan. sangat pedas dan sedap! sesungguhnye semua yang saya makan disini semuanya superb! :)

lebih kurang pukul 12, saya pun masuk tidur.




nanti ade part 3! :)

tunggu ye.. :)

thnx! :)

Saturday, April 2, 2011

Ikan patin masak tempoyak ibu aina

bahan-bahan

tempoyak
ikan patin atau ikan lain yang difikirkan sesuai
daun kesum
cili padi ditumbuk
kunyit hidup ditumbuk
garam
air


cara-cara

masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali ikan patin kedalam periuk, kacau hingga sebati tempoyak dengan air tu pastu baru letk periuk atas dapur. tunggu hingga mendidih pastu baru masuk ikan patin. nanti ikan patin dah masak, bolehla dihidangkan.. :)



cubalah! :)

update from kota gelanggi 1

jumaat lepas, lepas kerja, saya n aina balik ke kampung aina. sebab saya gatal nak merasa bercuti di felda kota gelanggi. nak gak merasa kan. lagipun hubby tercinta ada kerja, so kami xbolehla berdating hujung minggu ni. rindunya kat hubby tersayang!

ok, berbalik pada tajuk, pukul 5.30petang kami gerak dari kolej, kul 7.30petang sampai di rumah aina yang kaler purple. kawasan rumah ni banyak tanah. sebelum balik ke kolej nanti, saya bercadang nak cilok sikit tanah untuk tanam pokok kat belakang rumah.

malam tu kami dinner ngan lauk yang superb! dah lame xmenikmati lauk sesedap ni. first time dapat makan sambal bilis petai tempoyak. sangat sedap! nanti saya nak try masak untuk hubby.

esoknya kami berjalan disekitar bandar jerantut. seakan-akan bandar dungun minus McD. banyak kedai kain pasang. tp memandangkan gaji dah ciput, terpaksa lupakan hajat untuk bershopping sakan. tengahari tu kami lunch kat foodcourt area bandar tu. makan gulai biji getah ikan patin, ikan panggang, gulai daging salai, sambal tempoyak n ulam-ulam. marvelouss! sedap tempoyak kat sini. sumpah dalam hidup saya, xpernah makan tempoyak sebanyak ini. :)

lepas makan, kami sambung shopping lagi. aina nak beli seluar trek. lepastu, kami  balik ke rumah aina. dalam perjalanan, saya drive agak laju pasal kat sekitar felda ni xbanyak kereta, jalan pun straight je, tapi banyak lubang-lubang. almaklumle, felda kan banyak lori sawit ulang alik, memangla jalan rosak. 

bile tengah drive dalam 100kmj, saya tibe2 je ternampak lubang kat depan. apalagi, mengelak la! tapi malangnya, lepas mengelak lubang tu, ade lagi satu lubang yang sangat besar dan dalam dan saya punya bentley terlanggar lubang tu! betapa kuatnya hentakan sampai cap tayar tercabut dan berpusing lalu jatuh kedalam ladang sawit. sungguh frust! saya dan aina mencari cap tu bagai nak rak, tapi xjumpa. so saya redha je. nak buat macam mana, xde rezeki la tu...




ok, setakat ni je dulu. nanti ade update part 2. :)
tunggguuuuu...