Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Saturday, April 2, 2011

update from kota gelanggi 1

jumaat lepas, lepas kerja, saya n aina balik ke kampung aina. sebab saya gatal nak merasa bercuti di felda kota gelanggi. nak gak merasa kan. lagipun hubby tercinta ada kerja, so kami xbolehla berdating hujung minggu ni. rindunya kat hubby tersayang!

ok, berbalik pada tajuk, pukul 5.30petang kami gerak dari kolej, kul 7.30petang sampai di rumah aina yang kaler purple. kawasan rumah ni banyak tanah. sebelum balik ke kolej nanti, saya bercadang nak cilok sikit tanah untuk tanam pokok kat belakang rumah.

malam tu kami dinner ngan lauk yang superb! dah lame xmenikmati lauk sesedap ni. first time dapat makan sambal bilis petai tempoyak. sangat sedap! nanti saya nak try masak untuk hubby.

esoknya kami berjalan disekitar bandar jerantut. seakan-akan bandar dungun minus McD. banyak kedai kain pasang. tp memandangkan gaji dah ciput, terpaksa lupakan hajat untuk bershopping sakan. tengahari tu kami lunch kat foodcourt area bandar tu. makan gulai biji getah ikan patin, ikan panggang, gulai daging salai, sambal tempoyak n ulam-ulam. marvelouss! sedap tempoyak kat sini. sumpah dalam hidup saya, xpernah makan tempoyak sebanyak ini. :)

lepas makan, kami sambung shopping lagi. aina nak beli seluar trek. lepastu, kami  balik ke rumah aina. dalam perjalanan, saya drive agak laju pasal kat sekitar felda ni xbanyak kereta, jalan pun straight je, tapi banyak lubang-lubang. almaklumle, felda kan banyak lori sawit ulang alik, memangla jalan rosak. 

bile tengah drive dalam 100kmj, saya tibe2 je ternampak lubang kat depan. apalagi, mengelak la! tapi malangnya, lepas mengelak lubang tu, ade lagi satu lubang yang sangat besar dan dalam dan saya punya bentley terlanggar lubang tu! betapa kuatnya hentakan sampai cap tayar tercabut dan berpusing lalu jatuh kedalam ladang sawit. sungguh frust! saya dan aina mencari cap tu bagai nak rak, tapi xjumpa. so saya redha je. nak buat macam mana, xde rezeki la tu...




ok, setakat ni je dulu. nanti ade update part 2. :)
tunggguuuuu...

No comments: