Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Sunday, March 27, 2011

Resepi Bergedil Ayam

 Bahan-bahan


5       cawan air
2       keping burger ayam dicincang
200   gram isi ayam dipotong dadu
5       biji potato saiz sederhana
1       sudu besar rempah sup serbuk
4       sudu besar minyak
1       biji bawang besar dicincang
3       ulas bawang puteh dicincang
5       cili padi
         garam
         daun bawang
2       biji telur dipukul



cara-cara (sup)


1. tumiskan bawang dan bawang puteh hingga naik bau
2. masukkan cili padi yang telah dicincang
3. masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan secawan air
4. masukkan baki 4 cawan air
5. masukkan garam secukup rasa
6. masukkan ayam yang telah dipotong dadu
7. masukkan burger yang dipotong dadu
8. masukkan potato yang dipotong 4
9. tunggu sehingga mendidih dan isi masak
10. masukkan daun sup dan daun bawang
11. pastikan potato masak dan lembut



 cara-cara (bergedil)


1. angkat potato yang telah masak
2. lenyekkan hingga betul-betul hancur
3. angkat semua isi sup dan gaul dengan potato yang telah dilenyek tadi
4. setelah agak sejuk, bentukkan acuan tersebut bulat-bulat
5. celup dalam telur yang telah dipukul
6. goreng sehingga garing



boleh dimakan terus bersama nasi. sup jangan dibuang sebab masih boleh dimakan.


selamat mencuba!

No comments: