Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Sunday, April 3, 2011

kota gelanggi part 2

sambungan dari part 1 (sila baca yang part 1 dulu ye)

setelah kami selesai membeli belah di pekan jerantut, saya berehat di rumah sambil online main farmville. untuk makluman, saya ni farmer yang tegar. :) lebih kurang pukul 6 petang, aina ajak saya lepak kat luar rumah. di kawasan depan rumahnya ada bangku kayu panjang. lebih kurang 5 orang boleh duduk kat bangku tu.

saya, mak n ayah aina, along dan acu bersembang di luar rumah sambil menikmati udara petang di kampung tersebut. agak janggal bagi saya untuk mengambil angin ditempat yang orang kampung lalu lalang sebegitu. tapi sebenarnya, sangat best!

saya pelik ternampak satu pokok yang macam pokok durian, tapi buahnya bujur macam tembikai yang panjang tu. rupanya pokok itu memang pokok durian, tetapi telah dililit oleh pokok terung. terung tu sangat subur dan besar buahnya. tapi tinggi la pasal pokok durian kan tinggi. mak aina pun cakap pokok tu xlama lagi mati la pasal pokok terung tu macam parasit.

saya juga dapat tahu rupanya ada jenis keladi yang daunnya boleh dimakan. macam ulam. ayah aina cakap rasanya agak manis. tapi saya xsempat rasa daun tersebut. lebih kurang pukul 7petang, kami pun masuk rumah. malam tu saya berfarmville lagi. maklumla dah lama tak farming pasal kat kolej ni block segala macam application walaupun selepas office hour. tapi sekejap je dapat farmville pasal lebih kurang kul 815malam, kami ke pekan jengka untuk menghadiri........errr...pasar malam...hehehhehe...

sampai je kat bandar jengka, tiba2 je saya excited pasal pasar malam tu sangat besar! menarik! tapi memandangkan kami sampai agak lewat, dah banyak gerai yang makanannya dah inggal ciput2 je. aina dan acu sempat membeli tudung, selendang dan kerongsang. saya hanya beli makanan pasal xde bajet nk shopping. hehehhe...menarik lagi pasal pasar malam ni, ada tudung yang sebijik jahitannya macam ariani, tapi namanya ariana. hehehhe...insyaallah saya akan beli empat lima helai tudung tu nanti.. :p

kami pulang ke rumah lebih kurang jam 10.00 malam. dinner kat rumah. mak aina masak ayam masak tempoyak, ikan goreng, sup sayur dan sambal belimbing. sambal belimbing ni first time saya makan. sangat pedas dan sedap! sesungguhnye semua yang saya makan disini semuanya superb! :)

lebih kurang pukul 12, saya pun masuk tidur.




nanti ade part 3! :)

tunggu ye.. :)

thnx! :)

No comments: