hari ni setelah solat subuh, saya online je. pasal pagi tu xde air kat kampung tu. nasib baik ada 2 kolah yang besar dalam toilet rumah aina tu. so saya xmandi la pagi tu. biasanya saya mandi dulu, baru solat subuh pasal saya memang suka mandi pagi. memandangkan saya belum mandi pagi, saya berkurung je la dalam bilik pasal malu nak keluar bilik. padahal semua yang kat dalam rumah tu xmandi pagi kot. :p
lebih kurang jam 930pagi, kami breakfast bihun goreng. seperti biasa, bihun goreng tu sedap! tapi saya malu la nak makan banyak2. hehehhe...lebih kurang pukul 10pagi, baru saya mandi. kemudian kami bersantai je dalam rumah tu.
lebih kurang pukul 1, saya tengok mak aina masak untuk lunch. sempat la cilok beberapa resepi. dalam pukul 2, saya mandi lagi sekali pasal mandi itu sangat best dan menyegarkan terutamanya bila air yang kita mandi tu sangat sejuk dan cuaca kat luar rumah panas terik.
setelah selesai mandi dan solat, barula saya lunch. lunch kali ni memang xperlu diulang la kesedapannya. menunya ikan masak tempoyak, kulat goreng kicap, sambal belimbing perut rebus n sambal belacan. superb!
selepas makan, kami bersantai seperti biasa, kemudian dalm pukul 4 lebih, saya tertidur. pukul 5 baru bangun. pastu saya, aina dan acu bersiap untuk pulang ke kuantan. sebelum pulang, sempat saya mengambil ulam-ulam kat kebun belakang rumah. sempat juga saya minta tanah, pokok cili padi dan pokok kunyit. lebih kurang jam 615petang, kami bertolak pulang.
insyaallah kalau ada kesempatan, saya akan berkunjung lagi ke tempat yang indah ini.
insyaallah... :)
No comments:
Post a Comment