Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Monday, November 29, 2010

Stop Child Abuse

i am tired of reading about child abusing.

manusia sekarang dah tak tahu mengawal kemarahan. sampaikan sanggup mereka mendera anak-anak kecil. lebih malang lagi kalau sampai menyebabkan kecacatan kekal atau meninggal dunia.

being married for almost 6 month, i am one of millions of stressful wives who are desperately wanting a child on our own.

so apabila terbaca di suratkhabar pasal penderaan kanak-kanak, sy berasa marah dan sedih mengenangkan rakyat kita yang semakin hari semakin hilang pedoman, semakin kejam.

please people, i had enough of people abusing children.
i never want to see orang buang bayi lagi.
if you dont want the baby, just give them to me.

kita sebagai rakyat yang prihatin sepatutnya berganding bahu, hentikan semua ini. 


unicef

Sunday, November 28, 2010

I am about to change

Insyaallah...i will start new routine starting from today. 

ni semua untuk kebaikan diri sendiri. thnx to ms. fay. because after i read her blog, i jadi confident untuk berubah ke arah yang lebih sihat.

semoga apa yang i usahakan ni berjaya. :)
harap2 lepas ni xdela susah sangat cari baju n seluar. :) dah letih asyik pakai plus size je..


or at least, my mind. :)

Friday, November 26, 2010

Sore Eye

contact lens i koyak and i still pakai pasal xperasan. skrg mata dah sakit. asyik berair je. so nk avoid contact lens dulu beberapa minggu ni.

sedikit tips yg i belajar masa jumpa optometris (+tips yang i amalkan) semalam:-
  1. selalu pakai eye drop bile pakai contact lens pasal mata cepat kering and make sure eye drop tu x expired.
  2. basuh contact lens selang 2hari dengan normal saline then rendam lens setiap malam dengan solution yang berkualiti. jangan beli solution yang murah, nanti contact lens xtahan lama.
  3. kalau nak beli contact lens, SILA rujuk optometris dulu. sebab bukan semua mata sesuai pakai contact lens ni.
  4. wajib tanggalkan mekap mata sebelum tido.
  5. mekap mata pun leh sebabkan eye infection tau. so cari la yang trusted.
  6. again, apa2 yang berkaitan dengan mata, jangan cari yang murah, carilah yang boleh dipercayai dan berkualiti dan di iktiraf.
  7. sesekali tu, rehatkan mata dengan pakai spek. kalau boleh janganla terlalu bergantung kepada contact lens.
sila amalkan penjagaan mata yang baik.  sebab mata tu anugerah yang xternilai.

i intend to upload the photo of my eyes now, tapi takut readers ngeri. hehhe. instead, i letak gambar ni je. :)


 very nice natural pair of eyes.

MythBuster- 10 kebaikan Coke

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".. Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubala


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


 i am busted! tipu la yang no 2 tu. seriously, i dah try. my hubby beli 2 tin coke untuk wat eksperimen ni. mule2 i bace pasal ni, i dah ragu2. pelik sbb xpenah pn tau sebelum ni. sebenarnya xde kesan pn, malahan pewarna yang ade dlm coke tu melekat kat mangkuk tandas i. terpakse i bleach tandas i.

i pelik kenapa orang kite cepat sangat menggelabah bile terbaca notes tabloid camni. hmmm...

Wednesday, November 24, 2010

Yes! I can afford it! :)

i am totally agree with her!
kite kena sentiasa tanamkan perkara positif dalam diri kite. kalau asyik negatif je, xdapatla merasa pakai Chanel Jumbo kan? :)

Monday, November 22, 2010

Boolattt

saje nk test pakai tudung camni...

How to Burn Calories Without Exercise

To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.

1. Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed.

2. Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories.

3. Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still.

4. Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.

5. Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods.

6. Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn.

Sunday, November 21, 2010

Jangan Makan Organ Dalaman Haiwan!

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung
dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang
sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman
membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang
diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di
Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4
dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya
menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya
dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh
tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini
tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan
pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati
ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat
diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama
sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah
kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak
lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan
seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9... etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini .. Mana
yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah
berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan,
sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau
mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke
klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya
dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di
sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata
bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah
anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya
ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah .
Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan
banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk
anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di
pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak
disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam
yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin
sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya
bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh
dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4
tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke
Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti
membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya
dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan
hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya
dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang
kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena
anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).
Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon
kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah,
penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya
meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan
anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di
Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak
saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk
cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini
kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat
sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah
masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi
demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13
tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana
demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga
berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak
masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari
isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam
yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya.
Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti
saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya...

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam
yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita
sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima
masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.
Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan
saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak
saya dibenarkan keluar dari wad hospital ...

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang
disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah
kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia)
sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru
agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba
kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah
SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari
saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya
kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah
terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada
ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada
manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan
kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat
kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di
sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik
untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi
agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau
dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka
ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini
adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam
Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin
menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata
demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati
sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga
tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam
di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin
darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah
dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta
didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya
betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan
begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah,
berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu
sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi
menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan
Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat
melainkan mati .

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang
ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni
anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama
sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita .
Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap
rokok, minum arak dan menghisap dadah.


**sekadar copy n paste dari sini.

3D 2N Holiday Voucher @ Swiss Garden Hotel

while i and my hubby do some shopping at Jusco Tebrau, i got a phone call from Swiss Garden (SG). it was SG promoter who would like to meet me for a hotel promotion. (tibe2 je xreti nk type english ni. :) the promoter, named Nisa promised me a hotel voucher kalau i n hubby dapat datang untuk dengar presentation dari diorang. apalagi, i pn terima la pelawaan diorang dengan hati yang girang. lebih2 lagi, diorang offer 3hari 2malam stay at SG Hotel (Lumut @ Kuantan @ KL). kalau i pilih yang kat Perak punye, i dapat apartment. so leh wat percutian ngan family. :) so, keesokan harinya, i n hubby gerak balik ke Terengganu dan singgah ke SG Kuantan untuk dengar presentation diorang. diorang promote holiday club diorang bagai nk rak. tapi i dengan rendah diri, cakap kami xmampu. holiday club tu memang sangat menarik, tp i xsanggup nk cut lagi rm250 sebulan daripada gaji i yang dah ciput tu..bermacam2 cara i n hubby buat untuk tolak promotion tu. akhirnya kami berjaya menolak. dan sebagai ganti mereka ambil 2jam masa kami, mereka pn bagi lah kami voucher yang ditunggu2. thnx SG. OTW ke carpark, hubby i cakap, kalau dapat lagi promotion ni, tolakla awal2. xsanggup nk mendengar n menghampakan promoter sebegitu lagi. i pn iyekan je. sbb ni dah second time i dapat offer camni. sebelum ni kat Legend Hotel (2D 1N). yang tu senang sikit nk tolak pasal mama tengah tunggu dalam kete, so ade alasan kukuh. lepas ni insyallah, i xmahu lagi terlibat ngan promotion sebegini. kesian kat diorang...

Sunday, November 14, 2010

Hukum Mencabut Bulu Kening

Hukum cabut kening

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Jawapan:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.
Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.
Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.
Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

sumber: Arkib Utusan Malaysia

Wednesday, November 10, 2010

Life goes on..

InsyaAllah esok subuh i n hubby i berangkat ke Johor Bahru untuk attend kenduri kahwin kawan baik i dunia akhirat, Nazeerah.  i rindukan dia. we used to be bertiga, but for some reasons yang xdapat diperjelaskan, kami terpisah. apa pn, i sangat2 mendoakan agar kami bertiga dapat bersatu semula. semoga Allah membuka hati mereka berdua untuk berbaik semula. i akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. terlalu banyak ingatan yang indah, suka & duka sewaktu kami bersama.

era akan melangsungkan weddingnya pd 13nov ni, di Jb. :)
congrats sayang!

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas Rohnya..

Atok@Tokki sebelah suami i meninggal td subuh. i agak terkilan kerana xsempat menjenguk arwah sewaktu arwah dalam koma. walaubagaimanapun, i doakan arwah tokki tenang disana. semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

Al-Fatihah....

Sunday, November 7, 2010

Help me to earn another RM1180 this month


Earning RM1180 per Month with Exabytes.
click on the logo to help me earn some money. :) 
please.................. 

what a long journey

semalam balik dari k.tganu ke gambang. biasanya perjalanan tu 3jam20 minit je...tapi semalam it took me almost 5hours! :( letih..thnx god i ade teman. kalau x, mesti tertido..jem lebih kurang 5km di bukit bauk sebab ada kemalangan. kalau xsilap, between hilux n getz. hancur semua.


personal record:-
1) Tol LPT Gambang ke Tol LPT Jabor = 16 mins
2)Tol LPT Jabor ke Tol LPT Gambang = 18 mins

hehe...pasni nk kumpul resit tol. :)

Tuesday, November 2, 2010

i am a plus sizer and i am a shopaholic

why is a blog that sells us plus size clothing use size 2 models? i am so not happy browsing their pages. dear seller, we, plus sizer, are much more happy if u use plus size model. whats up with size 14 model?
they say this short dress will fit in XXL. I cant imagine this.

Monday, November 1, 2010

Online Shopping or should i call this window shopping

looking for a plus size online shopping blog. 
currently eyeing on this.

Find the differences

30 sept 2009

03 oct 2009

4 oct 2009


20 nov 2009

23 nov 2009

6 dec 2009

01 jan 2010

i rase setiap kali i ambik gambar, muka i lain2. is it only me or semua org pn perasan?

Udang kah? ketam kah?


sebenarnya dah lame i berniat nk share gambar ni. haiwan ni i sendiri yang jumpe, suh orang lain tangkap pastu letak dalam besen pastu i snap2. :)  sampai sekarang i masih lagi confius ape name haiwan ni. i jumpe beliau masa musim banjir kat kampung ibu angkat i kat Telaga papan, Setiu.

bercerita pasal keluarga angkat i ni, mereka sangat baik dan penyayang. kadang2 i malu pasal i liat bangun pagi, mak (ibu angkat) yang tlg ketuk bilik suh bangun mandi, solat n gi keje. makan kat sana punyalah sedap pasal sana salah satu perkampungan nelayan. so semua seafood extra fresh!

ni udang-udang yang nelayan kat kampung tu bagi FOC je. segar. ade yang melompat2 lagi. :) pasal tu i suke duk kat kampung ni. :)
berbalik cerita pasal banjir tadi, ni sebahagian daripada anak ikan yang i tangkap kat atas jalan tar kampung tu. tp anak2 ikan ni bernasib baik pasal Alya (4tahun) tertumpahkan besen ni dalam banjir tu balik. hahhaha...selamat la ikan2 ni dari jadi ikan bilis. :p

most of all, i nak sangat semua orang tahu, i sukeeee duk ngan mak angkat i ni.. :)