Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Sunday, January 9, 2011

AJL 25 - Personal View

Semalam telah berlangsung event of the year dlm industri muzik Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu. Tahun ni AJL sgt best pasal byk artis indie. so i rase i nak jadi juri la lg sekali hari ni. this post will be bias ye. Peminat Shahir n Adira n Hafiz sila jgn baca. :p


   1. "Cinta Sempurna" – Yuna (lagu/lirik: Yuna)

Yuna sangat hebat! impressive! Suara, lagu, lirik, persembahan. sampai meremang bulu roma. pronounciation beliau sgt jelas dan mesej lagu berjaya disampaikan. Personally, i memang harap Yuna menang. i even texted my mom to watch Yuna performing the song. Pakaian Yuna pn cantik. Yuna akan mencetuskan trend fesyen di Malaysia.


   2. "Berlari" – Tomok (lagu: Tomok & Shazee Ishak/lirik: Tomok)

lagu ni best. Tomok improved a lot! kalau sape2 kenal i zaman sekolah dulu, dia mesti xsangke i cakap Tomok best. yelah, zaman Newboyz dulu memang xblh blah. geli je. sib baik skrg dah ok. :) lagu ni best. mesej dalam lagu adalah secara direct. cume rambut je buruk ckit. Dia memang layak jadi finalis AJL. :)



   3. "Pelita" – A.P.I (lagu/lirik: Loque)

Personally, i thought this A.P.I band will rocks the stage. tp agak menghampakan. sebab xgempak sangat persembahan diorang kali ni. lan dan noh kurang menyerlah. tp muzik diorang tetap best. mungkin sebab lan ngan noh ade komitment lain lagi pasni. siapa tahu kan...



   4. "Kebahagiaan dalam Perpisahan" – Shahir (lagu/lirik: Edry Abdul Halim)

tolongla sape yang cakap lagu ni leh jadi juara lagu. sila revise balik ye. even kalau i jadi orang besar untuk AJL ni pn i xbagi lagu ni masuk. macam lagu 90-an meleleh-leleh...



   5. "Drama King" – Meet Uncle Hussain (lagu: Taja/lirik: Tun Teja)

mereka selayaknya menang! lagu ni memang best. my personal favourite. tp yang recording lagi gempak. black macam xbersungguh-sungguh kali ni. mesej lagu ni berjaya disampaikan. akhirnya jelasla kan sebenarnya lagu ni ditujukan pada Lan. semoga MUH terus mengungguli muzik tempatan. tahun 2011 pnye AJL i dah tau sape yang akan menang besar... heheh...MUH gak, lagu MULA. :)




   6. "Noktah Cinta" – Hafiz (lagu: Ajai/lirik: Syeikh Qalam)

nasib baik bukan penonton yang kena vote untuk pastikan sape pemenang. kalau pakai undian penonton, raja undi ni mungkin ade chance la. lagu ni very typical. dengar sekali sekala bolehla. meleleh. cume yang wat persembahan hafiz ni gempak pasal ade scene kena tembak tu. huhu...


   7. "Tolong Ingatkan Aku" – Ana Raffali (lagu/lirik: Ana Raffali)

juara lagu ke 25! lirik, rhythm, vokal untuk lagu ni memang best. i memang kagum ngan ana rafalli ni. suara dia lagi best live dari record. hebat! thank god ketua juri tu M.Nasir. so seperti yang kite semua tahu, M.Nasir ni memang serasi ngan lagu yang simbolik n mesejnya membuatkan pendengar berfikir sejenak. "tolong ingatkan aku kot2 aku ade terlupa realiti sebab terlalu asyik bercinta". God job ana! i am so proud of her! ana, sila bawa muzik indie ke stage yang lebih tinggi. i harap suatu hari nanti akan ada collaboration Ana Rafali, Yuna, Zee Avi dan Najwa dalam satu lagu. macam lagu Moulin Rouge tu. :) pakaian ana simple. dia hebat...hebat sungguh...maklumla...uitm student. :)



   8. "Selamat Malam" – Faizal Tahir (lagu: Audi Mok/lirik: Faizal Tahir)



persembahan lagu ni menarik. membawa mesej kasih sayang secara universal. hampir menitis air mata melihat kasih sayang antara pelakon di atas stage tersebut. lagu macam inilah yang kami, Generasi Y mahukan. bukan yang meleleh jiwang teringatkan kekasih je... secara peribadinya, vokal Faizal 2juta kali lagi hebat dari Hafiz. i sungguh xfaham kenapa faizal xmenang vokal terbaik...




  9. "Ku Ada Kamu" – Adira (lagu/lirik: Edry Abdul Halim)

macam mana lagu ni blh terlepas masuk? xbest sangat la. suara adira terlalu kasar. lirik lagu pun biasa2 je. so 1990-ish. typical malay song. we are looking for extraordinary song and performance, not the typical one. haish.....






  10. "Extravaganza" – Bunkface (lagu: Sam Bunkface/lirik: Bunkface)


extravanganza! this 3 youth rocked the stage! i think AJL should wujudkan lebih banyak kategori. ala2 Anugerah Skrin gitu. :) yang ni akan menang anugerah penyanyi harapan terbaik! :)

  11. "Sofea Jane" – Black (lagu: Sham Kamikaze & Iswandy/lirik: Farril)

typical. xmau kutuk pasal i suke black. vokal mantap. cume agak tenggelam semalam. black sesuai ngan MUH punye lagu. lagu ni jiwang, mesej direct.
tp kenapa la lagu ni yang black bawa. so typical. nuff said.




  12. "Hanyut" – Faizal Tahir (lagu: Audi Mok dan Faizal Tahir/lirik: Faizal Tahir)

faizal memang deserve best performance. ni dia wat ala-ala david blane gitu..lagu ni best. dia tujukan pada wife dia kot. i was like telling my husband to be a singer so that he can write and sing me song. sib baik hubby i tido, so xjadi la bagi tahu dia. esok la kot. xpn jap lagi. :) mesej lagu ni sampai. hebat faizal ni. mungkin lepas ni dia boleh try lagu inggeris pula.. :) overall, lagu ni best. leh cair i dengar suara faizal tahir ni. 



  13. "Jahat" – Stacy (lagu/lirik: Edry Abdul Halim)

 typical. ke i yang xsuke KRU? hahhaha....jahatnya kamu! :) pakaian stacy cantik! tarian mantap. apa kata stacy try "so u think u can dance?" :)




14. "Mencari Konklusi" – Hujan (lagu/lirik: Noh Hujan)

sedap suara noh ni. pendek kate ramai artis lelaki suara mantap2. tapi kenapa hafiz yang menang? tp hujan ni macam ada unsur2 illuminati ckit. terutamanya rambut noh yang wat tutup sebelah mata tu. hmmm..red n black...y noh??



so secara keseluruhannya, AJL kali ni best. semua artis makin mantap. muzik malaysia seakan dah mengalami satu evolusi baru. so ni keputusan rasmi AJL 25.


TEMPAT PERTAMA JUARA LAGU
ANA RAFALI - TOLONG INGATKAN AKU

TEMPAT KEDUA
MEET UNCLE HUSSEIN / BLACK - DRAMAKING

TEMPAT KETIGA
HAFIZ - NOKTAH CINTA

PERSEMBAHAN TERBAIK
FAIZAL TAHIR - HANYUT

VOKAL TERBAIK
 HAFIZ - NOKTAH CINTA

1 comment:

hambaAllah said...

elly mmg blh jd juri :)