buku ni saya dah lama beli, dah lebih setahun, tp belum habis baca lagi. dah banyak kali cuba baca, tapi gaya penceritaan penulis tidak menepati selera saya. so baca je satu bab, then saya give up sebab boring. pastu saya simpan buku ni kat rak.
memandangkan saya dah lama tak beli buku, jadi saya selongkar la rak buku kesayangan tu. rupanya ada beberapa buku lagi yang nasibnya sama dengan buku ni. rugi nya kan? sebab buku ni bukannya murah, RM30 lebih gak kat Popular. so saya pun gagahkan diri baca je buku tu walaupun sampai tahap boring yang teramat. akhirnya saya berjaya melepasi 2 bab. rupanya buku tu yang boringnya awal-awal je..dah faham selok belok cerita tu, ok lah...boleh je baca. dah nk masuk page ke 100, baru saya perasan cerita tu best dan menarik.
cerita ni pasal bounty hunter. tp ada banyak part yang kelakar. so sekarang ni, buku ni lah peneman saya sebelum tidur...sila lah cuba baca buku ni. kalau taknak beli, pinjam ngan saya pun takpe. i dont mind sharing books! :)
tak sabar nak ke bookxcess!! nanti kalau dapat gi sana, saya nk beli koman-koman pun 10 bijik buku! :D
p/s: i just discovered that my hubby into reading, too! only, he like to read non-fictions.
No comments:
Post a Comment