contohnya, saya selalu terbayangkan, bagusnya kalau dapat balik ke masa ambik spm dulu...sebab saya nak repeat exam SPM paper english comprehension yang saya tersalah jawab dulu.
katakanlah, saya berjaya back to that time, then saya boleh jawab exam tu dengan excellent, pastu mungkin hala tuju saya selepas SPM, mungkin bukan UITM, mungkin saya masuk matrikulasi, mungkin juga saya masuk universiti lain, mungkin juga saya ambil kos lain.
dan bila saya tak masuk uitm untuk diploma saya, mungkin saya tak dapat kenal kawan-kawan saya yang sangat baik, mungkin sampai sekarang saya tak kenal apa itu birkin, mungkin juga saya tak dapat merasa tinggal di kelantan yang serba indah, makan sedap dan tak tahu wujudnya bundle yang setaraf ngan butik.
mungkin juga saya tak buat part time di mydin mall dengan kawan-kawan uitm saya, mungkin tak dapat kerja di yay terengganu, mungkin tak kenal ngan suami saya yang hensem dan bergaya tu.
jadi, saya redha dengan ketentuan ini. saya redha SPM saya english dapat 3 je. kerana, dengan ketentuan tersebut, saya dapat berada di tempat saya sekarang, walaupun tidaklah se gah mana pun, tapi sekurang-kurangnya, saya bahagia, walaupun hujung bulan selalu jugak sengkek. :)
so, kesimpulannya, wajiblah kita redha dengan qada' dan qadar Allah. DIA dah tentukan segala-galanya yang terbaik untuk kita. tiada satu pun yang berlaku didunia ini secara kebetulan, semuanya di bawah kekuasaan Allah.
No comments:
Post a Comment