Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Monday, February 20, 2012

cashflow

alhamdulillah...sejak saya n partner saya, aina start buat bisnes sandwich, permintaan kami makin hari makin bertambah. kami selalu cakap betapa ruginya kami yang tinggal dalam kawasan penempatan pelajar seramai lebih kurang 2k sebab xstart bisnes ni awal-awal. padahal dah lebih 2tahun kami duk sini. lebih-lebih lagi suami masing-masing duk jauh, berasingan, so komitmen kami kat rumah agak kurang. jadi kami manfaatkan masa dan kemahiran yang minimum ini untuk start bisnes sandwich.

setakat ni, permintaan sandwich tu agak tinggi. sandwich tu kami tinggalkan je dalam paperbag kat blok asrama, area tangga utama yang memang menjadi laluan pelajar. walaupun tidaklah sold out setiap hari, namun sales tu agak tinggi, lebih dari 90%, memang habis setiap hari. mula-mula berjualan tu, kami ade short sandwich dan duit. agak banyak sampai xsempat nak cover modal. nasib baik kami xgive up. so kami teruskan jugak. kami start dari 2 bungkus roti, hingga lebih kurang 5-6 bungkus roti sehari. tp hari ni lagi lebih sebab jiran-jiran pun beli banyak, so kami buat 7 bungkus roti. alhamdulillah...pagi-pagi lagi dah ada yang ketuk pintu rumah, nak beli sandwich...

rutin harian buat sandwich ni, seawal jam 11malam-12malam. saya mulakan dengan memasak sandwich seperti resepi di bawah entry ni dan aina akan potong roti dengan teliti untuk pastikan roti yang dipotong tidak penyek dan masih gebu-gebu. esoknya kami bangun seawal jam 5.30 pagi (selepas mandi dan solat) untuk panaskan dan didihkan sandwich lagi sekali, kemudian sapu pada roti n packing. lebih kurang pukul 7.15pagi, kami hantar ke asrama. pukul 8.30 pagi, kami hantar ke kiosk pelajar. kemudian kami kena sentiasa memantau sekurang-kurangnya 3kali sehari untuk elakkan kecurian.

sekiranya permintaan tinggi, petangnya lebih kurang jam 6petang, kami akan topup lagi sandwich di blok-blok asrama. sandwich yang saya masak ni tahan lama. sebab biasanye sandwich yang semalam xhabis, saya n aina akan makan dan sandwich tu masih ok. perut saya sensitive, tapi setakat ni xde lagi kejadian cirit-birit.

kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana digerakkan hati untuk terjun ke bidang ini. insyaalllah kami akan kembangkan lagi bisnes ni dengan mevariasikan lagi sandwich ni...semoga Allah terus membuka pintu-pintu rezeki kepada kami.





p/s: guess what i will do with all the money i have got from this business? :)

4 comments:

wenkhadi said...

simpan dalam tabung haji :P

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

nak simpan gak dalam tabung haji. pastu nak beli barang kemas...auuuuwww! :p

wenkhadi said...

no more handbag ka?

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

handbag pakai duit gaji kot...xsampaihati nak pakai duit sandwich ni...muahhahahaha...tp kalau kasut, leh gak...nak kasut leather yang agak2 leh tahan 3tahun..baru berbaloi... :p