Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Saturday, July 28, 2012

KK Part 4

Day 3

kami sewa viva ni untuk ke ranau. viva auto, 1000cc.


perjalanan ke ranau mengambil masa 2 jam. sepanjang perjalanan, permandangan indah. tapi jalan agak bersimpang siur. kawasan pergunungan, memang camni. memandangkan hubby saya pening, saya drive ke sana. satu hal yang saya hairan dan kagum, disepanjang perjalanan, saya nampak banyak orang lepak di atas divider jalan. yang kat tengah2 jalan tu. :)



jalan naik ke sabah tea. 



bertolak jam 9, kami sampai lebih kurang jam 11.30pagi sebab banyak berhenti beli air, pastu beli panadol, pastu singgah sekejap kat pasar nabalu. sampai je kat sabah tea garden, kami excited. sebab cantik walaupun jalan untuk naik ke sabah tea tu sangat menguji ketereran driver sebab berbatu bata. dalam booking sheet kami, kami leh check in jam 4. tapi kami dibenarkan check in jam 12. alhamdulillah..



yang kat bawah ni cottage kami. cantik dan sangat selesa untuk kami anak beranak kononnye. :p







yang atas ni bukit area cottange kami. yang kat bawah ni Gunung kinabalu dilindungi awan. chewwah...malu2 gitu gunung ni. indah. seriously.


lepas kami baling bag ke cottage, kami ke kg luanti untuk fish massge. hujan renyai2 membantutkan aktiviti kami bermassage ngan ikan2 ni..












ikan keli @ ikan semilang, saya pun xpasni. tp ikan ni sesat seekor dkalangan ikan-ikan tagal. ikan ni besar, sebesar betis saya. besar kn? :p

lepas kami selesai massage ni, kami ke pekan ranau untuk cari lunch merangkap dinner. lepas makan nasi, kami order goreng pisang seringgit. seringgit tu 8keping ye. harap maklum. kat semenanjung xdapatlah pisang besar ni, 8 keping seringgit.


lepas makan kami jalan2 disekitar cottage. kat sabah tea garden ni ade gak longhouse. sila tengok website ni untuk maklumat lanjut.

2 comments:

wenkhadi said...

wow...nice. How much total cost? Pegi kundasang tak?

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

xgi kundasang...letih sebab dah gi poring hotspring. dalam rm2k cukup dah. tp jangan pakai travel agent, n banyakkan study kat wikitravel. pastu cari tiket n hotel yang murah. :p