Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Tuesday, August 17, 2010

Change, is on us!

ramai manusia yang xsuka perubahan. apalagi perubahan drastik. dalam aspek pekerjaan, manusia atau dengan lebih spesifiknya melayu hanya sanggup dan mahu dan akan berada di zon selesa sahaja. pemikiran, pandangan orang lain semuanya difikirkan negatif. hakikatnya, mereka sangat malas untuk berubah. walhal mereka tahu, perubahan itu adalah untuk kebaikan. ya. mereka sangat malas. soal pekerjaan, selalu dikira-kira. orang yang tidak mengamalkan undang2, itulah yang dipuji, itulah yang dimahukan. sy bukannya mahu merapu disini, tp sila igt, ini blog sy. sy boleh luahkan apa sahaja dalam fikiran sy selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam. sy juga berniat utk menujukan entri ini kepada diri sendiri. hayati tafsiran Quran dan hadith dibawah:-



“Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” (al-Anfal: 53)



Hadith :
Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

 
(Bukhari dan Muslim) 
Huraian
Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan. Antaranya ialah kita dilarang daripada menyukarkan manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohanya ketika kita menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit, tua dan sebagainya. Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita hendaklah mendahulukan perkara-perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat dari agama dan kebenaran. Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.


credit to JAKIM

No comments: