Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Wednesday, December 22, 2010

Text Ucapan Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi

Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.


Bismillahhirrahmannirrahim….

Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, yang berusaha En Hussain Bin Hitam, Timbalan Pengarah Matrikulasi Pahang,

Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera.



Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi hadir ke majlis perasmian penutup Kursus Motivasi Kakitangan Sokongan Kolej Matrikulasi Pahang


Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Dollah untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih  diucapkan kepada ustaz …………………



Hadirin yang dihormati,
Seikat sebagai  sirih, serumpun sebagai serai. Tanpa adanya pengembelengan idea, tenaga dan usaha yang dikongsi bersama, pastinya program yang dirancang ini tidak dapat direalisasikan.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan mendengar amanat dan ucapan daripada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang seterusnya merasmikan majlis penutup Kursus Motivasi Kakitangan sokongan kolej matrikulasi Pahang.
Majlis dengan takzimnya….mempersilakan.




Majlis merakamkan setinggi penghargaankepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini sampailah kita ke acara penyampaian sijil kepada peserta Kursus. Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang atas penyampaian sijil tadi.





Hadirin yang dihormati,

Sejambak bakti segugus budi,
Untuk generasi bangsa sendiri
Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi
Dari kami, terimalah cenderamata ini

Dipersilakan En Zailan untuk mengiringi En Hussain untuk menyampaikan cenderamata  kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, En Hussain bin Hitam dan En Zailan bin……



Hadirin yang dihormati,
Dengan majlis penyampaian cenderamata itu tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir kemajlis ini.
Majlis disudahi dengan wabuillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Majlis bersurai.



No comments: