Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Wednesday, December 22, 2010

Teks Ucapan : Program Motivasi


Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.

Bismillahhirrahmannirrahim….

Yang berbahagia, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Yang Dihormati, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, En Zaidi bin Yazid, Yang berusaha, Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pegawai Eksekutif Kanan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi hadir ke Program Latihan Pembangunan Staf Sokongan: Terapi Tenaga ES2Q Anjuran Kolej Marikulasi Pahang.

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat


Dengan ini, majlis mempersilakan En Mohd Zawawi Mat Dollah untuk membacakan doa.

Majlis dengan hormatnya, mempersilakan…..



Saya, bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Zawawi Mat Dollah diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum memulakan majlis, izinkan saya memperkenalkan penceramah kita. Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Nazmi bin Md Noor. Beliau sedang berkhidmat di Cawangan Operasi Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang ini dan merupakan pengasas bagi Terapi Tenaga ES2Q ini.

Sedikit info mengenai Terapi Tenaga ES2Q pula. Terapi ini adalah terapi kesihatan berteraskan aplikasi psikologi dan kaunseling. Objektif program ini adalah untuk menjaga kesihatan fizikal, mental, psikologi dan spiritual, menguruskan emosi dengan lebih berkesan, meningkatkan motivasi kerja, memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi dan menanam sikap positif, integriti yang tinggi serta budaya kerja yang cemerlang.

Hadirin yang dihormati,
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Tuan Haji Nazmi bin Md Noor untuk memberikan ceramah.
Majlis dengan takzimnya….mempersilakan.







Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Nazmi bin Md Noor diatas ceramah pada slot pertama itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk minum pagi di tingkat 1, Pusat Sumber. Slot seterusnya akan bermula jam 11 pagi.

Hadirin yang dihormati sekalian,
slot kedua bertajuk Aplikasi Terapi Tenaga ES2Q. Dengan ini, majlis menjemput Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor untuk memberikan ceramah.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan…



Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Nazmi bin Md Noor diatas ceramah pada slot kedua  itu tadi.


Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk makan tengahari di tingkat 1, Pusat Sumber.

Slot seterusnya akan bermula pada  jam 2.30 petang.





Asslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Hadirin yang dihomati sekalian, dengan ini, majlis meneruskan slot ketiga dengan menjemput tuan penceramah untuk berkongsi ilmu.
Majlis mempersilakan…




Dengan ini tamatlah slot ketiga bagi program Latihan Pembangunan Staf Sokongan: Terapi Tenaga ES2Q Anjuran Kolej Marikulasi Pahang. Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan penceramah diatas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu dengan kami.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

Majlis Menjemput Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Naruddin untuk memberikan ucapan penutup.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan….



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Narudin atas ucapan penutup itu tadi.


Hadirin yang dihormati,

Sejambak bakti segugus budi,
Untuk generasi bangsa sendiri
Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi
Dari kami, terimalah cenderamata ini

Dipersilakan Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang diiringi En Zailan untuk menyampaikan cenderamata  kepada Yang berusaha, Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan…..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan En Zailan haji Zahari diatas penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin yang dihormati,
Dengan majlis penyampaian cenderamata itu tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir kemajlis ini.
Majlis menjemput hadiri sekalian untuk menjamu minum petang di Tingakat 1, Pusat Sumber.
Majlis disudahi dengan wabuillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Majlis bersurai..

No comments: