hari ni genap setahun bekerja di Kolej Matrikulasi Pahang. selama setahun berada di sini, alhamdulillah...banyak yang telah dipelajari. telah setahun rupanya berjauhan dengan keluarga. hidup berdikari di negeri orang. saya rase bahagia duduk disini, tapi untuk menetap, memang saya berfikir beribu-ribu kali lah. walaupun rumah kat sini dah ok, dah kemas, cantik, fully equipped, saya tetap sunyi.
ada yang mempersoalkan kenapa saya ambil keputusan untuk mengisi borang tukar walaupun saya claim cakap duduk disini best. ini jawapan saya. duduk kat mana-mana pn best, hujung dunia pun insyaallah best. tp sila tempatkan saya bersama suami saya. saya x mahu berjauhan dengan ahli keluarga lagi. sesayang mana pn saya kat rumah saya, saya lebih rela tinggalkan semuanya untuk tinggal serumah dengan suami.
bercakap tentang orang yang mempersoalkan soalan bodoh tu, setelah setahun bersama, bekerja bersama, saya dapati dia memang suka memutarbelitkan kata-kata orang. kalau saya cakap saya sibuk, dia akan memerli saya. kalau orang lain sibuk buat kerja, dia perli orang lain pula. kerja dia ni masuk ofis, then goyang kaki. saya mengaku, saya pn ade goyang kaki, tapi janganla nampak sangat. lagi satu, sekurang-kurangnya saya tak memperlekehkan peraturan tempat kerja.
kita kan bekerja, bagi duit kat family, jadi wajibla kita pastikan sumber duit kita dari sumber yang halal. ingat, sebesar zarah pn akan dinilai akhirat kelak. apalagi melibatkan kerja yang berjam-jam.
huh...tibe2 teringatkan perkara yang potong stim ni.
sambung citer. saya sgt berharap dapat bertukar ke terengganu. tak kisahla daerah mana pun, janji terengganu.
saya sangat impikan bekerja ditempat yang baru nak di setup. sebab saya akan belajar dari bawah macam-macam hal. dan kat tempat baru tu, saya nk menjadi lebih bersemangat dan akan buat peraturan agar dipasangkan di speaker library tazkirah selama 10 minit setiap pagi.
tiba-tiba je jadi bersemangat. :)
saya dalam proses mengesahkan jawatan. setakat ni, untuk sahkan jawatan, saya wajib lulus Induksi, exam jpa dan exam jabatan. induksi dah lulus. exam jpa, satu lulus, satu sangkut. yang sangkut tu undang-undang. sebab salah bawak buku. exam jabatan, insyaallah bulan 4 ni di PNM. repeat exam undang-undang pn bulan 4 ni.
akhir kata, demi mempertingkatkan prestasi kerja saya, demi mengurangkan masa saya mengelamun, sila pihak berwajib tukarkan saya dengan segera ke terengganu. sekian.
1 comment:
salam, semoga dapat tukar ke terengganu...
Post a Comment