Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Thursday, August 4, 2011

Sambal belimbing hitam

kalau ada yang masih igt, bulan april lepas, saya bercuti ke rumah aina. rujuk entri sini. saya ada makan sambal belimbing hitam. tak pernah kenal pun sambal tu. tapi sangat sedap! pedas. di bulan puasa yang mulia ni, saya tibe2 je terbayangkan kesedapan sambal tu. so saya pun cari la online caner nak masak sambal tu memandangkan ibu aaina ada bekalkan saya dengan belimbing hitam satu balang. saya dapat resepi dari sini. saya copy untuk rujukan dan simpanan pihak tuan...chewahhh! hahah..



  • satu cawan belimbing hitam
  • 5 biji bawang merah
  • 15-20 biji cili padi hijau
  • 2 genggam ikan bilis yang telah di buang isi perutnya.
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat sambal:

  1. tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
  2. tumbuk ikan bilis separuh lumat
  3. tumis semua bahan yang telah di tumbuk dengan minyak masak (guna kuali untuk memasak bahan2 ini)
  4. masukkan belimbing hitam yang telah di tumbuk
  5. masukkan garam dan gula
  6. gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.
**sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering....

2 comments:

wenkhadi said...

camne nak bagi tahan setahun? masak sampai rentung ke? keh3x

Elly said...

setahun tu memang melampau la...hahhaha....sedap sgt sambal ni! :D