Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Tuesday, July 24, 2012

Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O oleh Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

sumber asal sini




Kisah Uptrend & Hai-O Oleh
Perunding Kewangan Islam
( Komentar saya menggunakan tulisan condong ) 
Salam

Semalam seorang saudara saya menelefon. Beliau seorang "usahawan" Hai-O. Baru tiga empat bulan join Hai-O, beliau telah dapat anugerah (tak sure anugerah apa) dan dapat hadiah pakej umrah. InsyaAllah hari Sabtu ni bertolak. Saya baca di akhbar, Hai-O hantar 212 agennya menunaikan umrah dengan kos melebihi RM1juta.
Perlu siasatan lagi ?

Saya tanya saudara saya ini, bagaimana beliau melayakkan diri memenangi pakej tsb. Kata beliau, dengan jumlah group sales RM100,000. Beliau cuma perlu recruit 5 downline dengan sales RM20k seorang. Saudara saya ini juga telah melabur RM20k utk business tsb. Ada yang pakai duit sendiri, ada yang buat loan.  Saudara saya ni cuba juga mengajak adik beradik yang lain join beliau, tapi setakat ni belum ada yang mengikut, alhamdulillah.

Saya pernah membeli produk Hai-O semasa saya masih bekerja tahun 2000 dulu. Tak dinafikan, masa tu seolah-olah satu trend pula memakai pakaian pelangsing badan ni. Syarikat saya bekerja tu 60% wanita, jadi trend macam ni mudah meresap. Kalau tak Beautiful, Crony atau pelbagai jenama lain lagi. Boleh dikatakan semua pekerja wanita masa tu ada pakaian pelangsing ni. Jadi bila saudara saya ni cuba approach saya, alasan saya, saya tak boleh jual sebab kawan-kawan saya semua dah ada produk ni 7 tahun dulu. Saudara saya kata, "kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."

KOMEN SAYA :
Maaf, saya tiada info tentang Hai-O samada plan mahupun produknya. Cuma apa yang saya tahu, syairkatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh Shariah jika ingin membeli saham mereka. Tapi dalam urusan membeli produk mereka dan memasuki sistem kaki mereka, wallahu 'alam, tidak saya tahu hukumnya dan eloknya diberikan kepada Penasihat Shariah mereka sendiri. Malangnya syarikat ini nampaknya tiada penasihat Shariah, maka terpulang kepada pesertanya untuk menanggung sendiri status halal atau haramnya. Wallahu 'alam.


Perkataan "lubuk duit" tu mengingatkan saya pada seorang jutawan Uptrend yang saya jumpa minggu lepas.  Itulah ayat yang beliau guna, "kita kongsi peluang","ini lubuk duit". Saya setuju untuk jumpa jutawan  Uptrend tu sebab saya nak tahu dengan lebih detail ttg Uptrend. Dan saya nak sangat jumpa dengan beliau bila saya tahu yang beliau mempunyai ijazah perundangan dari UIA.

ye ke lubuk duit ? atau lubuk neraka ?Berdasarkan penerangan lengkap jutawan Uptrend tu, saya dapat simpulkan yang Uptrend memanglah satu skim piramid, skim cepat kaya. Dengan bayaran minimum RM308, peserta dapat satu kotak kopi. Bila saya tanya, berbaloikah RM308 utk kopi sekotak, kata beliau, peserta juga dapat online system yang canggih. Kata beliau, bukan mudah nak develop online system tu kat luar. Masalahnya, kalau tak join Uptrend, perlukah kita pada online system tu? Dan lagi, kenapa perlu syarikat Uptrend charge semua peserta untuk system yang dibangunkan untuk business? Tidakkah itu memaksa secara tidak adil?

KOMEN SAYA :
Pertamanya, pembaca perlu tahu bahawa saya sudah menghubungi pegawai pemasaran uptrend di nombor 03-7957 9366, membuka web uptrend dan bercakap dengan ahli uptrend bagi membolehkan saya membuat ulasan ini. 
Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.
Ini pula senarai harga yang terdapat di web :-
NOCODEDESCRIPTIONSBVIBP (RM)*DELIVERY (EM)**S-POINTSRETAIL PRICE(RM)
1EP0005Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box45.6152.007.60152120.00 Per Box
2EP0006LumiGlow E. Skin Cream (50G)1 Btl45.6152.007.60152285.00 Per Btl
3EP0007LumiGlow E. Skin Cream (50G)4 Btl159.6532.0011.40532
4EP0008LumiGlow E. Skin Cream (50G)10 Btl300.21200.8026.601201
5EP0011Omega Plus3 Btl60.8152.007.6015276.00 Per Btl
6EP0010Oxylife2 Btl45.6152.007.60152142.50 Per Btl
7EP0004Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac)10 Box19.95130.0030.4013023.00 Per Box
8EP0013Uptrend ClensUp1 Box1953.207.6053121.60 Per Box
9EP0014Uptrend TrimmUp2 Box76212.811.40213228.00 Per Box
10EP0015Uptrend HealUp2 Btl1953.2011.405357.00 Per Box
11EP0016Nine Immuna1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
12EP0017Nine Pepta1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
13EP0018Nine Muda1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
14EP0019Nine Flexa1 Btl34.298.807.6099144.40 Per Btl
15EP0020Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa1 Btl Each125.4319.207.60319486.40 Per set
16EP0021Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box87.4399.0011.40399475.00 Per Box

Adakah ia harga pasaran?. Maaf lebih elok jika anda mengkajinya sendiri. Contoh termudah adalah sekotak kopi dengan harga RM 120 ?!.
Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan 'conduit' atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :
"kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."
Pihak Uptrend kelihatan peka dengan meletakkan fakta berikut di web mereka :-
11.
How can one know whether a company is promoting 'get-rich-quick' / pyramid scheme?

Generally, a company that promotes their business by placing emphasis only on their marketing plan, and everything else is only about money, money and money. Their products are also very limited. Usually they don't care about training & personal development. Besides that, they just encourage 'head-hunting', no personal sales or repeat sales is required. Usually people who join later cannot earn more than the people who join earlier.
Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari 'kepala' atau 'head hunting' dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??  

Mungkin juga ada sebahagian pengempen yang benar-benar  berkempen barangan serta mengajar cara kegunaan dan kelebihannya (sebagaimana jika dirujuk dalam web http://www.uptrend2u.com/, mereka mempunyai banyak produk sekarang). Individu seperti ini mungkin boleh terselamat dari ciri money game, tetapi terdapat juga pengempen yang dengan jelas menekankan aspek 'kaki' dan 'downline' sebagai penarik utama sebagaimana yang disebut di atas tadi, produk tatkala itu hanyalah alat dan helah. Di ketika itu, syubhat bagi mereka yang mengempen kaki dan peluang semata-mata ini adalah lebih besar berbanding ahli yang mengempen produk dan bukan kaki.
Justeru, hukum ke atas dua individu boleh menjadi berlainan dalam hal ini berdasarkan kepada apa yang mereka kempen dan perkatakan. Seperti sebiji roti yang halal, lalau dikempennya kebaikan roti itu agar pembeli membeli, tatkala itu sistem downline telah menjadi sampingan sahaja, ia mungkin ada peluang. Berbeza dengan orang yang tidak mengendahkan roti itu, yang penting dikempennya sistem dapat duit dengan cari orang bawah sahaja

Bagi saya jika sesebuah produk itu tidak mungkin akan dibeli tanpa sistem komisyen kaki tadi, ini bermakna produk itu hanyalah pemangkin dan pengabui mata sahaja. Jika dilihat dari web uptrend iaituhttp://www.uptrend2u.com/ kelihatan mereka mempunyai pelbagai produk. Cuma perlu dilihat pula cara kempen dan kiraan komisyen dilakukan. Setakat mempunyai produk yang benar-benar sahaja, tidak menjadikan sesuatu skim itu halal terus.
Saya tidak mengatakan hal 'pengabui mata' seperti di atas adalah terpakai untuk uptrend, tetapi saya menyebutnya secara umum kepada mana-mana skim yang produk yang dijualnya tiada sebarang nilai sebenar dan tiada pula releven untuk dibeli oleh pembeli jika tiada sistem komsiyen dan kaki.
Jika yang membeli menyertai dengan niat untuk memasuki sistem kaki dan lubuk duit yang dimaksudkan. Tatkala itu, ia punyai elemen judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan. Wallahu 'alam terpulang kepada anda, tidak perlulah anda marah dengan tulisan ini.
Yang menjadi lebih tidak adil, kebanyakan peserta membeli lebih dari 1 kedai (istilah mereka untuk akaun). Yang jadi jutawan tu semua beli 7 kedai dengan harga RM2k++. Maknanya, untuk setiap kedai, mereka membayar lebih kurang RM200 ke RM300 untuk menggunakan system tersebut sedangkan hakikatnya, seorang peserta sepatutnya cukup dengan satu akaun sahaja.
KOMEN SAYA
Ye, ada benarnya pandangan saudari kerana satu akaun sememangnya sudah cukup, apa sebabnya perlu membeli sehingga 2 akaun dan lebih, Wallahu 'alam.
Bila saya provoke beliau bahawa Uptrend mengamalkan system piramid, beliau kata saya tidak faham. Beliau menegaskan bahawa punca pendapatan beliau adalah satu keuntungan syarikat. Syarikat Uptrend begitu murah hati untuk berkongsi sebanyak 80% keuntungan dengan ahli-ahli. Padahal, yang saya nampak, bukan 80% keuntungan, sebaliknya 80% dari hasil jualan package mereka itu, mereka bayar kepada penaja2/upline.  Maknanya hanya 20% yang syarikat ambil untuk kos produk dan pentadbiran mereka.

Tapi saya tak kuasa nak 'argue' lagi sebab setiap kali saya 'argue', beliau mengatakan saya tidak faham. Ini juga satu teknik psikologi dlm menjual. Secara psikologi manusia tidak suka dikaitkan dengan pekara negatif. So, nak tunjukkan yang kita positif, kita faham, itu yang ramai sign-up, swipe credit card untuk join. Bila dah terlabur RM2k++, mahu tak mahu, kenalah cari kawan, panggil jutawan ni untuk table talk supaya dapat balik modal tadi. Proses itu berulangulang.
KOMEN SAYA
Terpulang kepada mereka. Tugas anda sudah selesai. Memang mereka sahaja yang faham. Sesiapa juga yang bertemu orang seperti ini lalu mengatakan tak boleh atau haram atau apa-apa jua yang negatif kepada mereka, pastinya akan dikatakan tidak faham. Hanya mereka yang faham kerana apa? wallahu'alam...
Saya membaca cara penyertaan dalam perniagaan ini yang disebut di web mereka :-
How Can i Start? 
  • Excellent. Simple as it is, simply follow the 4 steps;
  • Sign up as our IBP with a registration fee of RM38.00
  • Purchase and sell at least one of the Product Packages (SCPP)
  • Introduce this business to at least 2 or more other individuals to join you as an IBP
  • Lastly, simply duplicate the system
By introducing more IBP into the business, you can build a stronger network and you can earn unlimited income. 
Lihat, bagaimana syarat menjadi ahli. Bayaran yuran pendaftaran RM 38.
Kemudian diwajibkan membeli dan menjual at least satu product packages  iaitu samada IBP yang sekarang berharga RM 342 atau GBE dengan harga yang berbeza. Semua package ini mempunyai senarai produk samada barangan kesihatan dan web maya. 
Dan dimestikan memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 atau lebih sebagai kaki sudah bagi memperolehi bonus 'matching' sekitar RM 57. Terdapat juga komisyen tajaan sebanyak RM 15.20 bagi IBP.  
Sebagai individu Shariah, saya melihatnya dari sudut aqad setiap satu arahan ini. Ini menimbulkan tandatanya saya. Saya tidak mengatakan haram terus, saya cuma mengatakan tandatanya siapa yang menyemaknya dan meneliti kesohihan dari sudut Shariahnya. Wallahu 'alam.


Untuk pengetahuan UZAR, orang-orang Uptrend, terutamanya yang berpendidikan agama, menggunakan artikel UZAR tu untuk menghalalkan Uptrend. Itulah hujah mereka yang menyebabkan ramai orang melayu terjebak. Seorang lagi jutawan Uptrend merupakan graduan Ilmu Wahyu. Beliau merupakan upline kepada jutawan graduan undang-undang tadi. Beliau dengan penuh yakin berkata bahawa Uptrend itu halal berdasarkan artikel UZAR.
KOMEN SAYA
Astaghfirullah, bagaimana pula mereka boleh gunakan nama saya?.. Moga Allah ampunkan mereka atas ketelanjuran mereka yang terlalu bersemangat untuk menjadi kaya SEHINGGA MENYALAHGUNAKAN ARTIKEL SAYA dengan cepat tanpa serius dalam menyemak status Shariahnya. Saya berlepas diri dari sebarang kempenan mereka.
Terpulang, pandangan saya hanyalah pandangan peribadi, demikian juga rakan saya di UIA, ia boleh ditolak oleh sesiapa jua. Tiada perlu mengelabah dengan pandangan orang biasa seperti kami.
Terus terang saya katakan bahawa saya adalah salah seorang yang sangat meragui sistem MLM, anda bebas untuk mencari orang lain yang tidak meraguinya. Keraguan saya bertambah bila syarat-syarat jual beli dan agensi tidak diteliti oleh penasihat Shariah yang berkaliber. Bagi saya, meletakkan target jualan peribadi bagi mendapat komisyen orang bawahan adalah satu syarat yang boleh dipertikai dalam Shariah.
Disebut di web uptrend :- 
In every marketing plan or business compensation plan, it is surely designed to offer those who's desire for success and opportunity to become rich. The 'get- rich- quick' scheme as we all know is referred to those plans in which people invest money to make money without working. The Uptrend2u marketing plan is an approved marketing plan which is based on performance, strictly 'no sales, no bonus'. To earn bonus in Uptrend2u's Master Plan, every IBP must maintain at least RM152 per month.
Saya sangat kurang selesa dengan syarat mesti maintain RM 152 per month untuk mendapat bonus. Rasional yang diberi adalah pendapatan adalah 'based on performance', tapi mengapa dikaitkan pula hak ahli mendapat komisyen orang bawahnya dengan jualannya sendiri.?
Ia adalah satu kaitan yang meragukan dari sudut Shariah kerana ia adalah dua aqad yang berbeza. Aqad jualan tidak seharusnya dikaitkan dengan aqad agensi dengan upah. Ia sepatutnya dipisahkan sama sekali. Bermakna, hatta ahli tidak menjual apa-apa sekalipun, ia masih berhak mendapat komsiyen orang bawahannya.
Jika ia telah berjaya diselesaikan, tatkala itu akan timbul isu lain pula, iaitu tidak bekerja bagaimanapun boleh dapat komisyen, sebagaimana yang saya sebut bahawa saya pernah utarakan hal ini kepada Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhayli, iaitu berkenaan hal "tidak bekerja tapi boleh dapat bonus komsiyen orang di kaki yang kesepuluh".
Beliau menyatakan: "adalah tidak halal mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen tersebut. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah" 
Ini bermakna tugas yang specifik untuk untung yang specifik. Contoh mudah adalah "sapu sampah, untuk dapat upah RM 20". Ini halal, upah dengan kerja. 
Dan bukan, "sapu sampah untuk dapat upah dari sapu dan pada masa yang sama menjadi syarat dapat komsiyen dari orang lain membasuh baju."  ia sama dengan menyatakan : "Perlu maintain jualan RM 152 sebulan untuk dapat bonus dan untuk dapat komisyen orang komisyen dari jualan orang bawah" 
Ini dua perkara berbeza, sapu sampah memang layak mendapat komisyen tersendiri. Mengapa pula tukang sapu layak dapat komsiyen dari kerja si tukang basuh baju?. Hanya kerana dia ditaja oleh si tukang sapu sebelum ini?.
Di sini letakkan syubhah tanpa kerja dapat upah yang dinyatakan oleh Syeikh Prof. Dr Wahbah tadi. Maka jika si tukang sapu juga berusaha membantu basuhan baju di buat, tatkala itu, syubhat akan hilang inshaAllah. Inilah maksud saya.
Cuba kita lihat master plan di bawah, ini menunjukkan orang di kaki 7 hingga 10 menjual, anda akan mendapat 3 % komisyen? Dari sudut Shariah akan di tanya :-
a) Mengapa  ?
b) Apa kerja yang anda lakukan untuk layak menerimanya ?
c) Adakah anda 'dhoman' barangan yang dijual sehingga anda layak termasuk dalam kategori "al-Kharraj Bi Ad-Dhoman"?
d) Adakah anda mengeluarkan modal seperti pelabur yang layak mendapat komisyen hasil kerja pengusaha. Masalahnya anda tidak keluarkan sebarang modal untuk kerja orang bawah.
e) Adakah anda dan seluruh kaki anda ke bawah berada dalam satu "aqad musharakah" yang menyebabkan anda layak mendapat sebahagian keuntungan yang di buat?. Masalahnya, rukun dan syarat Musharakah tiada dipenuhi dalam hal ini.
Status - MBVBronze
MBV 76.00
Silver
MBV 76.00
Gold
MBV 76.00
Platinum
MBV 76.00
BonusULBULBULBULB
1st Level15%15%15%15%
2nd Level10%10%10%10%
3rd Level10%10%10%10%
4th Level10%10%10%10%
5th Level3%3%3%3%
6th Level3%3%3%3%
7th Level3%3%3%3%
8th Level-3%3%3%
9th Level--3%3%
10th Level---3%

Menurut pegawai pemasaran Uptrend yang saya hubungi di nombor  03-7957 9366. jadual di atas ini menunjukkan bahawa jika orang di level 7 menaja orang, maka saya sebagai orang yang paling atas akan mendapat bonus sebanyak 3 %. Inilah maksud saya, kenapa, mengapa dan  apa usaha dan sebab. Shariah memerlukan sebab yang tepat dalam hal ini.
Saya tamatkan sessi table talk saya dengan jutawan Uptrend tu dengan mengatakan saya akan berbincang dengan rakan-rakan saya pula. Saya tak mampu nak berhujah dengan mereka (mereka 3 org, saya sorang) sebab bila saya argue, mereka kata saya tidak faham. Sorang dari mereka, budak ni naif sikit, tak habis-habis tanya saya bila nak join. Kesian dia, sebab dari awal pertemuan tu saya dah terangkan siapa saya dan tujuan saya jumpa mereka hanya sebab saya nak tahu pasal Uptrend.
Saya sebenarnya sedih. Ramai sangat orang melayu yang terlibat dengan skim-skim begini. Di dalam kita sibuk dengan perbankan Islam, halal haram duit kita, ramai melayu yang boleh hanyut dengan skim cepat kaya yang menawarkan income yang tak pasti sumbernya. Yang lebih sedih lagi, 'founder' syarikat-syarikat begini adalah kaum tertentu.  Tapi ahli-ahlinya majoriti melayu. Kadang-kadang terfikir, apakah ini agenda mereka nak lalaikan orang melayu?

KOMEN SAYA
Wallahu 'alam.
Dalam kes saudara saya yang join Hai-O tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran. Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau. Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful. Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu. Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je.

Saya tak tau nak buat macamana. Kalau di dalam kelas saya, saya memang tegas menentang skim-skim cepat kaya begini. Dalam perancangan kewangan Islam, kita mendidik orang ramai supaya mencari pendapatan yang halal, berbelanja secara sederhana, mengurus hutang dengan bijak (kalau boleh jgn hutang in the first place) dan mengagih kekayaan dengan betul. Tapi bila dengan saudara sendiri, yg saya patut hormati pulak tu, kelu lidah saya jadinya. Saya hanya mampu sampaikan pada saudara-saudara lain supaya jangan terjebak, tapi bila yang dah terjebak dan kaya, tak sampai hati pulak. Macamana
pun, insyaAllah saya akan cuba menyampaikan yang benar pada saudara saya ini.

Pada sahabat-sahabat di group ini, marilah kita sama-sama berjuang menyedarkan orang melayu Islam ni tentang mencari kekayaan secara halal. Perangilah skim-skim cepat kaya begini sebab ia hanya melalaikan umat Islam.  Bukan setakat wang ringgit, masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga pun habis digunakan untuk bermeeting, bermotivasi. Sayang sangat, kalau semangat mereka ini disalurkan pada kegitan ekonomi yang halal, tentu dah lama kaya umat melayu ni.

Sekian, semoga tulisan saya ini memberi manfaat pada ahli group ini. Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Wasalam
Email ini diterima dari puan xxxx yang merupakan seorang Perancang Kewangan Islam. Kerja utama secara part-time adalah Trainer/Lecturer dalam kursus Perancangan Kewangan Islam. Kerja lain adalah perunding takaful/amanah saham Islam dan wasiat Islam.  Selebihnya adalah suri rumah. ( DIPETIK DARI EMAIL BELIAU DI ZAHARUDDIN YAHOOGROUPS)
KOMEN
Ingatan saya sekali lagi buat semua secara umum
Nabi SAW mengingatkan kita bahawa : 
إن لكل أمة فتنة  , وفتنة أمتي المال
Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)
 Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.
Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-
 أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ  , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu  apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Allah menegaskan :- 
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )
Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram. 
Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti  umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.
Allah mengingatkan kita lagi bahawa :
انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً
Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )
Sekian
6 Ogos 2007

No comments: