Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Wednesday, December 29, 2010

I heart BookXcess and Amcorp Mall





novel kat bookxcess sgt murah. mula2 masuk tempat tu, i dah pening. byk sgt buku yang murah2...pas ni, insyaallah i akan jd regular visitor kat bookxcess setiap kali i gi KL. :)

satu lg yang best kat Amcorp Mall ni selain BookXcess, ade branded sale. my hubby managed to get 2 pairs of original Dockers pants! pastu kat sane ade gak Gucci, Prada n etc. walaupun sale, still i xmampu ye nk beli.. :p

pastu kat sane boleh katekan  tempat untuk berhobi. Banyak tempat jual atau wat service berdasarkan minat golongan tertentu. contohnya kat sana ada jual piring hitam! kagum! mane nk dapat piring hitam zaman skrg...pastu ada kedai menjual barang2 lama. typewriter pn ade...pendek kata, xya gi muzium, datang je Amcorp ni..

ade yang wat service sewa buku, jual toys, jual alat kawalan jauh, setem...satu yang sangat membuatkan i berfikir ialah, kenapa Popular Bookstore pn ade kat situ?? bawah BookXcess lak tu...

So sape2 yang ade hobi yang unik tu, disarankan, gi lah ke Amcorp Mall...


ooopss...terlebih lak promote. ni gambar yang i snap masa tunggu hubby gi ATM. 


Saltwater aquarium!

 gamat kot....


batu karang yang masih hidup!


impressive!!!

Tuesday, December 28, 2010

SURAT RAYUAN PTPTN

Saya sebagaimana nama dan alamat diatas ingin memohon pelepasan dari senaraihitam Peminjam Yang Ingkar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas sebab-sebab berikut:-

  • saya telah lama tidak menerima surat dari PTPTN sejak tamat pengajian pada tahun 2007
  • saya tidak diberi amaran bertulis atau lisan daripada pihak PTPTN sebelum disenaraihitamkan
  • saya tidak pernah menerima surat dari mahkamah menyatakan saya akan disenaraihitam
  • saya telah beberapa kali membuat bayaran kepada PTPTN melalui online kerana tiada rujukan surat dari PTPTN
  • saya baru sahaja mendapat status kerja tetap pada tahun 2010

2. Oleh sebab berikut, saya memohon untuk dikeluarkan dari senarai hitam PTPTN kerana bimbang akan impak-impak negatif lain yang mungkin tersabit. Saya juga ingin memohon agar diberi peluang kedua untuk membersihkan nama saya dengan memberikan penjadualan semula pembayaran bulanan agar saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan lebih efektif melalui potongan gaji atau autodebit.

RANDOMNESS @ library



Date night @ pizza hut

 yummy cheesy lava!








owh how i love pizza....

Wednesday, December 22, 2010

Teks Ucapan Majlis Perpisahan


Majlis perpisahan
En hasni bin abd rahman

Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.

          sirih berlipat sirih pinang
          sirih dari pulau mutiara
          pemanis kata selamat datang
          awal bismillah pembuka bicara

          …………….

1.  Bismillahirrahmanirrahim.


Yang berbahagia
En. Shamsherbie bin naruddin
Pengarah kolej matrikulasi pahang


Yang diraikan
     en hasni bin abd rahman

     yang berusaha
Ketua-ketua jabatan, pegawai eksekutif kanan, penolong-penolong pengarah
    
     yang dihormati
     tuan-tuan & puan-puan sekalian


Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera.

Syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah kita bersama-sama pada hari yg berbahagia ini dalam majlis perpisahan en hasni bin abd rahman yang akan bertukar ke kolej matrikulasi selangor.

Sebagai pembuka wadah bicara di majlis ini…..ingin kami merakamkan selautan terima kasih di atas kesudian yang diraikan….. En hasni bin abd rahman ….. Untuk bersama-sama kami.

Sesungguhnya majlis perpisahan ini…diadakan bagi menghargai detik-detik perpisahan buat yang disayangi….. En hasni bin abd rahman ….sesungguhnya kenangan bersama beliau akan menjadi ingatan abadi…..


         2.       Hadirin yang dihormati  sekalian…

Bagi memberkati majlis perpisahan ini…..dijemput en zawawi bin mat dollah untuk memimpin bacaan doa…….dipersilakan.

Majlis mengucapkan Terima kasih kepada en zawawi bin mat dollah di atas bacaan doa itu tadi





3.      Hadirin yang dihormati sekalian…

Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan dia pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi

Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi.


3.      Hadirin yang dihormati  sekalian…

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput en. Zailan bin hj. Zahari untuk menyampaikan ucapan…dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada en. Zailan bin hj. Zahari di atas ucapan beliau itu tadi.

              4.      Hadirin yang dihormati  sekalian

Majlis gemilang mengimbau nostalgia
Nostalgia indah menjadi sejarah
Tidak lengkap majlis rasanya
Tanpa ucapan dari tuan pengarah

Untuk itu....majlis dengan segala hormatnya menjemput y.bhg tuan pengarah untuk menyampaikan ucapan salam perpisahan mewakili warga kolej matrikulasi pahang......dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada yg berbahagia tuan pengarah di atas ucapan itu tadi.

Dengan ini…majlis  dengan penuh takzimnya menjemput en hasni bin abd rahman untuk menyampaikan ucapan……dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada en hasni bin abd rahman di atas ucapan itu tadi.
          5.      Hadirin yang dihormati  sekalian

Sumbangan tuan tidak bertepi
Mengorban diri menyemai bakti
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi
Dari kami terimalah cenderamata ini

Dijemput wakil-wakil unit untuk menyampaikan hadiah kepada en hasni bin abd rahman....

Dipersilakan.....

Wakil unit pentadbiran untuk menyampaikan hadiah.....

Wakil unit pusat sumber

Dijemput wakil unit asrama
Dan dijemput wakil unit penyelenggaraan untuk menyampaikan hadiah

Majlis  menjemput en. Zailan bin hj. Zahari.... Untuk mengiringi y.bhg tuan pengarah bagi menyampaikan cenderamata tanda kenangan daripada kami semua kepada en hasni abd rahman

Dengan segala hormatnya ........dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada y.bhg tuan pengarah dan juga semua yang terlibat.
Hadirin yang dihormati,

Sebagai penamat agenda....majlis perpisahan ini....maaf dipohon...ampun dipinta....andai kata tersasul bicara dan tersilap bahasa....dari kami berdua.

Dengan ini majlis......
Menjemput y.bhg tuan pengarah dan hadirin sekalian untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.







Teks Ucapan Makan Malam


Mengumumkan ketibaan En Shamsherbie Bin Naruddin, Pengarah, Kolej Matrikulasi Pahang.

Yang berbahagia, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Yang Dihormati, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, En Zaidi bin Yazid, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif Kanan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Sirih junjung penyeri majlis
Tautan Kasih kita raikan
Selamat datang tetamu kemajlis
Majlis makan malam kita sajikan

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Makan Malam Tautan kasih Kolej Matrikulasi Pahang…..
Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat
Dengan ini, majlis mempersilakan En Mohd Zawawi untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya, mempersilakan…..

Saya, bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Zawawi diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana mempertemukan kita di majlis yang serba indah ini. Untuk makluman semua, majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan staf sokongan.

Disamping itu juga, majlis ingin meraikan Puan Marlina bt Mohd Affandi yang akan menyambung khidmatnya ke Kolej Komuniti Kuantan bermula esok serta staf yang baru mendirikan rumahtangga.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput En Zailan haji Zahari untuk memberikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis dengan ini menjemput Puan Marlina bt Mohd Affandi untuk memberikan ucapan perpisahan.

Majlis mempersilakan…..

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan tersebut.

Seterusnya, majlis menjemput, Tuan Pengarah, Kolej Matrikulasi Pahang untuk memberikan sepatah dua kata.

Majlis dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih diatas ucapan tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis dengan ini menjemput En Zailan Haji Zahari sebagai wakil kelab staf sokongan dan Kolej Matrikulasi Pahang  untuk menyampaikan cenderahati kepada En Mat Adam bin Ismail sempena perkahwinannya baru-baru ini. Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke akhir hayat.

Seterusnya, majlis menjemput Pn Marlina Mohd Affandi untuk menerima cenderahati dari Kelab Staf Sokongan dan Kolej Matrikulasi Pahang.

Terima kasih diucapkan kepada En zailan Haji Zahari atas penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput En Mohd Nor Izzat untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan mewakili pusat sumber.

Majli mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih diatas penyampaian hadiah itu tadi.


Sebelum memulakan acara makan malam, dijemput En Mohd Zawawi untuk membacakan doa makan…

Majlis mempersilakan….

Terima kasih diatas bacaan doa itu tadi…

Ke muara mencari lokan
Dimasak pula bersama ikan
Sambil menonton kita makan
Pelbagai persembahan akan diserikan

Hadirin dan hadirat sekalian,
Bagi meneruskan majlis ini dengan santai, saya menjemput En Faizal Rafar selaku DJ untuk mengacarakan slot seterusnya.
Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan. dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput En Faizal Rafar untuk mengacarakan persembahan.
majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan….
-
-
-
-
hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu…
Majlis dengan ini menjemput En Zailan haji Zahari diringi En Mohd Nor Izzat untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang2 pertandingan karaoke dan pakaian tercantik.

Majlis mempersilakan….







Pemenang karaoke tempat ketiga lelaki dimenangi oleh…..

Tempat kedua lelaki dimenangi oleh…..

Johan bagi pertandingan karaoke kategori lelaki dimenangi oleh….

Seterusnya….

Pemenang karaoke tempat ketiga wanita dimenangi oleh…..

Tempat kedua wanita dimenangi oleh…..

Johan bagi pertandingan karaoke kategori wanita dimenangi oleh….

Pemenang Penampilan tercantik kategori kanak-kanak lelaki dimenangi oleh……

Pemenang Penampilan tercantik kategori kanak-kanak perempuan dimenangi oleh…
Pemenang Penampilan tercantik lelaki dimenangi oleh…….

Pemenang Penampilan tercantik perempuan dimenangi oleh……..

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang….

Dengan ini majlis Tautan Kasih dengan rasminya melabuhkan tirai. Semoga malam ini menjadi kenangan terindah dalam tahun 2010.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Majlis bersurai…

Teks Ucapan : Program Motivasi


Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.

Bismillahhirrahmannirrahim….

Yang berbahagia, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Yang Dihormati, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, En Zaidi bin Yazid, Yang berusaha, Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pegawai Eksekutif Kanan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi hadir ke Program Latihan Pembangunan Staf Sokongan: Terapi Tenaga ES2Q Anjuran Kolej Marikulasi Pahang.

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat


Dengan ini, majlis mempersilakan En Mohd Zawawi Mat Dollah untuk membacakan doa.

Majlis dengan hormatnya, mempersilakan…..



Saya, bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Zawawi Mat Dollah diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum memulakan majlis, izinkan saya memperkenalkan penceramah kita. Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Nazmi bin Md Noor. Beliau sedang berkhidmat di Cawangan Operasi Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang ini dan merupakan pengasas bagi Terapi Tenaga ES2Q ini.

Sedikit info mengenai Terapi Tenaga ES2Q pula. Terapi ini adalah terapi kesihatan berteraskan aplikasi psikologi dan kaunseling. Objektif program ini adalah untuk menjaga kesihatan fizikal, mental, psikologi dan spiritual, menguruskan emosi dengan lebih berkesan, meningkatkan motivasi kerja, memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi dan menanam sikap positif, integriti yang tinggi serta budaya kerja yang cemerlang.

Hadirin yang dihormati,
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Tuan Haji Nazmi bin Md Noor untuk memberikan ceramah.
Majlis dengan takzimnya….mempersilakan.







Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Nazmi bin Md Noor diatas ceramah pada slot pertama itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk minum pagi di tingkat 1, Pusat Sumber. Slot seterusnya akan bermula jam 11 pagi.

Hadirin yang dihormati sekalian,
slot kedua bertajuk Aplikasi Terapi Tenaga ES2Q. Dengan ini, majlis menjemput Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor untuk memberikan ceramah.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan…



Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Nazmi bin Md Noor diatas ceramah pada slot kedua  itu tadi.


Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk makan tengahari di tingkat 1, Pusat Sumber.

Slot seterusnya akan bermula pada  jam 2.30 petang.





Asslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Hadirin yang dihomati sekalian, dengan ini, majlis meneruskan slot ketiga dengan menjemput tuan penceramah untuk berkongsi ilmu.
Majlis mempersilakan…




Dengan ini tamatlah slot ketiga bagi program Latihan Pembangunan Staf Sokongan: Terapi Tenaga ES2Q Anjuran Kolej Marikulasi Pahang. Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan penceramah diatas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu dengan kami.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

Majlis Menjemput Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Naruddin untuk memberikan ucapan penutup.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan….



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Narudin atas ucapan penutup itu tadi.


Hadirin yang dihormati,

Sejambak bakti segugus budi,
Untuk generasi bangsa sendiri
Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi
Dari kami, terimalah cenderamata ini

Dipersilakan Yang Berbahagia En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang diiringi En Zailan untuk menyampaikan cenderamata  kepada Yang berusaha, Tuan Penceramah, Tuan Haji Nazmi bin Md Noor.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan…..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan En Zailan haji Zahari diatas penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin yang dihormati,
Dengan majlis penyampaian cenderamata itu tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir kemajlis ini.
Majlis menjemput hadiri sekalian untuk menjamu minum petang di Tingakat 1, Pusat Sumber.
Majlis disudahi dengan wabuillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Majlis bersurai..

Text Ucapan Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi

Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.


Bismillahhirrahmannirrahim….

Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, yang berusaha En Hussain Bin Hitam, Timbalan Pengarah Matrikulasi Pahang,

Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera.



Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi hadir ke majlis perasmian penutup Kursus Motivasi Kakitangan Sokongan Kolej Matrikulasi Pahang


Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Dollah untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih  diucapkan kepada ustaz …………………



Hadirin yang dihormati,
Seikat sebagai  sirih, serumpun sebagai serai. Tanpa adanya pengembelengan idea, tenaga dan usaha yang dikongsi bersama, pastinya program yang dirancang ini tidak dapat direalisasikan.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan mendengar amanat dan ucapan daripada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang seterusnya merasmikan majlis penutup Kursus Motivasi Kakitangan sokongan kolej matrikulasi Pahang.
Majlis dengan takzimnya….mempersilakan.




Majlis merakamkan setinggi penghargaankepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini sampailah kita ke acara penyampaian sijil kepada peserta Kursus. Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang atas penyampaian sijil tadi.





Hadirin yang dihormati,

Sejambak bakti segugus budi,
Untuk generasi bangsa sendiri
Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi
Dari kami, terimalah cenderamata ini

Dipersilakan En Zailan untuk mengiringi En Hussain untuk menyampaikan cenderamata  kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, En Hussain bin Hitam dan En Zailan bin……



Hadirin yang dihormati,
Dengan majlis penyampaian cenderamata itu tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Shamsherbie bin Naruddin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir kemajlis ini.
Majlis disudahi dengan wabuillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Majlis bersurai.