Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

EBiz Gold Windows

Wednesday, March 2, 2011

Tom Yam

saya tidak pernah berjaya masak tomyam dengan sedap sesedap mama, mak dan nazeerah masak!

lebih teruk lagi, saya tidak pernah buat tomyam yang sedap atau sekurang-kurangnya hingga saya sanggup menghirup sup tersebut!

saya dah cuba cari mana silapnya, tapi masih buntu. tomyam yang saya buat tetap tidak sedap. saya pernah ambik semula isi tomyam tu dan buat goreng kunyit pasal tomyam tu sangat tidak boleh dimakan.

so lepas ni saya nak cuba tomyam yang saya ambil resepinya dari sini. harap-harap jadilah ye.

kawan saya pesan, jangan letak chicken cube dalam sup tomyam. OK! :)


Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau. 


insyaallah...jadilah kali ni... :)





p/s: saya dah 4 hari lewat. doakan saya pregnant ye.. :)

1 comment:

yana said...

sdpnye awk.....
nti nak suro naz masakkan kite la~~